"wei, kenapa kau buat benda ni"
"Dah benda tu je betul."
"kau nak kena bash ke?"
jeng!jeng!
Bertemu lagi kita.
Mesti pernah rasa macam perkara di atas, kan?
Bila nak kata salah, orang marah,
Cakap tak support, selalu nak betullah, bla bla bla
Bila nak kata Betul
Memang ragu-ragu kan sebab dah salah tu kena admit salah kan?
Jadi, dalam menyampaikan mesej
Mesti akan ada yang akan cakap
"wei, JANGAN NAK BETUL SANGAT LA!!!
"KAU BUKAN SEMPURNA NAK TEGUR AKU"
"SUPPORT MEMBER LA........ JANGAN NAK IKUT SANGAT PERATURAN"
Akhirnya FUTUR
- SUATU PERASAAN DIMANA KITA AKAN DOWN SEBAB TAKUT
DIPERKATAKAN SESUATU YANG MENYAKITKAN
Rasulullah SAW bersabda
"Islam akan datang sebagai sesuatu yang asing
dan akan kembali sebagai sesuatu yang asing
maka beruntunglah orang yang asing"
NAMPAK KAN?
Bila nak mula dakwah
kena marah kena pulau
sebab nak tegakkan benda yang betul
Lama-lama seorang diri sahaja...........................Kesian........
Jangan rasa nak down, jangan rasa nak quit
kalau rasa kena tekan, Minta Hidayah Kepada Allah
"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan sabar dan solat, Sesungguhnya Allah itu bersama orang orang yang bersabar"
(Al-Baqarah 2:153)
Allah tahu apa yang kita rasa
Jangan mudah mengalah, Dik. Try dekati diaorang
dan pujuk untuk terima pendapat kita.
Manalah tahu termakan pujuk ......HEHEHE
Ingat apa tujuan kita........
"Kamu adalah umat terbaik yang mengajak kepada yang ma'aruf dan mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah....(Ali-Imraan 2:110)
Kalau apa yang disampaikan itu benar, teruskan
Kalau salah............ betulkan.
Salam beramal
No comments:
Post a Comment