Thursday, 15 February 2018

Choose Your Man!

Bismillah

Alhamdlillah berkesempatan nak menulis ada hari ini.
Dan hari ini saya menulis sebagai seorang mahasiswa!
Yeay! Dah besar!


Tadi saya menghadiri pembentangan berkenaan motivasi diri. Si pembentang menghuraikan pelbagai anekdot berkenaan motivasi diri.

"Ha, ada cara nak naikkan motivasi ni. kita kena beribadah, dekatkan diri dengan Tuhan.Then doa la banyak-banyak minta mudahkan urusan harian. Lagi, kita kena belajar daripada kejayaan orang lain"

Ha, Syabab sekalian,
Pasal ibadah ini, Allah memang mengajak kita untuk meminta,

"Dan katakanlah, berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan kepadamu"(Ghafir:60)

Tunäikan ibadah inilah yang biasa dibuat oleh para ulama' dulu bila mereka hilang motivasi? sebab apa?
Sebab mereka yakin Allah yang meningkatkan semula motivasi mereka untuk teurs menyebarkan Islam
So, pembentang, saya belanja anda satu mata!
gurau je!Hahahahaha!

Belajar daripada kejayaan orang lain?
Hmmmmm banyak orang yang boleh kita belajar.Ada Steve Job, Imam As-Syafie , juga member sebelah kita. Ramai orang yang bermotivasi serta boleh kita pelajari .

Cuma,  bak kata orang,  baik kita belajar dari yang terbaik.

Apakata,kita belajar daripada junjungan terbesar kita, rasulullah SAW

Kenapa pulak?

Baginda ialah sebaik-baik pemberi motivasi.Oh, baginda pon orang yang paling bermotivasi

ingat lagi ketika Abu Talib meminta nabi untuk berhenti berdakwah?
Apa kata Rasulullah?

"“Wallahi, Demi Allah. Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku menghentikan dakwah ini, niscaya aku tidak akan menghentikan dakwah ini hingga Allah memenangkannya atau aku binasa.”

Nampak tak wahai syabab? Hatta diancam oleh Qaum Quraisy , rasulullah masih 'motivated nak teruskan dakwah.

Mahu lagi bukti?
Tatkala Nabi saw dan Abu Bakar berhirah ke Madinah secara sembunyi, mereka bersembunyi di Gua Thur
Masa ini, Qaum Quraisy sedang mencari Nabi SAW dan Abu Bakar
Abu Bakar sangat takut

Kata nabi" Jangan bersedih! Sesngguhnya Allah bersama kita"

Nabi terus memotivasikan Abu Bakar.


Jadi, nak tahu apa rahsia Nabi SAW untuk terus 'motivated'?

1. Nabi SAW dah aa matlamat baginda. iaitu menyebarkan islam ke selururh alam. walaupun Nabi diuji dengan pelbagai ujian dan halangan, nabi tahu ia bukan halangan untuk berhenti

2. Yakin dengan Allah SWT. Nabi SAW sentiasa yakin yang Allah akan  membantu baginda dan umat islam. hatta dipulau oleh Qaum Quraisy selama tiga tahun, rasulullah masih  dengan keyakinan baginda terhadap Allah. Hasilnya? allah telah membantu Nabi dan umatnya dengan menghantar anai-anai untuk memakan warkah pemulauan.

3. Beribadah. Tanpa disangkal lagi, Nabi SAW adalah orang yang sangat kuat ibadahnya. Tetapi mengapa ibadah itu penting bagi Nabi dan juga pada kita? Sebab Inilah masanya nak mengadu pada Allah tentang dugaan kita.

4. Tidak mudah mengalah. Ketika di Thaif, Nabi SAW berdakwah kepada orang Thaif ditemani Zaid Bin Harisah. Apa respon mereka? Mereka mencaci nabi hatta menyuruh anak-anak kecil membaling batu ada nabi? Adakah nabi putus asa? Tidak wahai syabab.Makin motivated adalah.!! 

So, Cakap lama-lama tak guna jugak. 
Apa cara nak kekalkan motivasi?

1. Tetapkan matlamat dan berbalik pada tujuan
2. yakin dengan Allah
3. Tidak mudah berputus asa
4. Beribadah selalu(sebagai medium untuk mengadu pada Allah)

So, Syabab sekalian, kalau nak belajar daripada kejayaan, ambillah daripada yang paling berjaya

Saya sebagai penulis juga manusia yang banyak buat khilaf dan salah. Saya tak sempurna.
Tapi, bak kata seorang Ulama'"Kalau manusia menunggu dirinya sempurna untuk berdakwah, maka sedikitlah orang yang berdakwah di atas muka bumi"

"Remember, choose Your Man!!!"

Sekian,


A man.

No comments:

Post a Comment