Thursday, 31 October 2019

Stres: Halangan atau keutamaan?

Bismillah

Fuh, dah berhabuk blog ni!!!Ni la tak reti urus masa!!

Apa pun, ayuh kita lihat balik apa yang berlaku pada dunia sekarang
Semua bercakap tentang:

" Stress is not a joke!!!"
" Eh kejayaan tu tak guna kalau awak stress kemudian hari!!!"
" Takpe, jangan over sangat buat kerja nanti stres!"

Gambar Hiasan:
Stres jika tidak diurus akan jadi masalah besar

" Biar tak berduit , asal gembira tak stres!"

Wah!Wah! Sedap kau bermain kata ya!

Jadi semua perbualan ini fokusnya pada satu topik : Masalah Mental

 Kejap ada orang bunuh diri sebab stres.
Duk hangat bercerita tentang si fulan tu, datang lagi satu berita.

"Laaaa, ada lagi orang bunuh diri!!"
" Artis Z tu ? Haritu ok je? Tetiba saja dia masalah"



Rentetan daripada peristiwa macamtu
Orang banyak bercakap:

" Jangan push sangat! "
" Tak guna banyak duit jawatan tinggi, tapi stress!"


Dan benda ni memang berlaku, bukan kat Malaysia saja, bahkan berlaku di negara seperti Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Adakah benda ni betul? Atau ini sekadar alasan untuk kita tak bersungguh-sungguh dalam perbuatan seharian?

Syabab sekalian,

Jika dilihat mana-mana ikon yang berjaya mengubah sejarah,Al-Fateh,diterima tekanan untuk tawan Konstantinopel. Stan Lee stres membangun semula komik Marvel.

"Struggle dorang lain-lain!!!"
"Mana boleh compare!!!!"

 SABAR!!! Memang susahnya lain, tapi apa yang sama buat mereka

1. Mereka bersungguh-sungguh dalam amalan mereka
2. Konsisten dalam usaha
3. Stres? Bingung? Ada cara untuk urus benda itu. Bukan besarkan isu sampai ganggu perjuangan mereka.
4. Berkorban untuk mencapai matlamat, dalam kata lain mengenepikan halangan seperti masalah mental dan dll.
Gambar Hiasan: Beza si berjaya dengan yang lain tentang stres ialah
mereka dapat urus

Jadi apa yang kita boleh contohi daripada mereka ?

1. Memang stres perlu diambil berat, NAMUN ia bukan benda yang menghalang                                      matlamat  kita
2. Suatu amalan memang memenatkan,apatah lagi mengerah kekuatan mental. Jadi adalah perlu              untuk diurus elok-elok , kalau tak benda tu jadi pagar kepada matlamat
3. Kalau sepanjang masa duk fikir "Tak nak stres", kerja takkan siap.

Ingat, halangan kena atasi, bukan fikir lama-lama kemudian lari!

"Tapi ada ke cara nak atasi masalah mental ni? Nak elak stres tiba-tiba?"

MESTILAH ADA

a. Rancang kerja anda
b. Rujuk orang yang berkenaan
c. Urus kerja
d. Sentiasa luah masalah. Ingat anda bukan seorang. Kalau rasa tiada sesiapa yang boleh faham
    mengadulah pada Allah
    " Dan berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan padamu"(Al-Mukmin; 60)
    
   Sentiasa ingat Allah, adulah masalah kita pada Dia
  "Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang"(Ar-Ra'd:28)

Gambar Hiasan: Nak berjaya bukan mudah,
tapi bukan mustahil



INGAT, SETIAP MASALAH ADA SOLUSI. TINGGAL NAK CARI!!!

Sekian sahaja dari penulis,

" Jika hati seseorang itu keras, hatta kata-kata sang Ulama' takkan diterima apatah lagi kata si pendosa"

1 comment:

  1. Penulisan yg baik bro, stress ini masalah, tapi kita ada solusi

    ReplyDelete