Thursday, 31 October 2019

Stres: Halangan atau keutamaan?

Bismillah

Fuh, dah berhabuk blog ni!!!Ni la tak reti urus masa!!

Apa pun, ayuh kita lihat balik apa yang berlaku pada dunia sekarang
Semua bercakap tentang:

" Stress is not a joke!!!"
" Eh kejayaan tu tak guna kalau awak stress kemudian hari!!!"
" Takpe, jangan over sangat buat kerja nanti stres!"

Gambar Hiasan:
Stres jika tidak diurus akan jadi masalah besar

" Biar tak berduit , asal gembira tak stres!"

Wah!Wah! Sedap kau bermain kata ya!

Jadi semua perbualan ini fokusnya pada satu topik : Masalah Mental

 Kejap ada orang bunuh diri sebab stres.
Duk hangat bercerita tentang si fulan tu, datang lagi satu berita.

"Laaaa, ada lagi orang bunuh diri!!"
" Artis Z tu ? Haritu ok je? Tetiba saja dia masalah"



Rentetan daripada peristiwa macamtu
Orang banyak bercakap:

" Jangan push sangat! "
" Tak guna banyak duit jawatan tinggi, tapi stress!"


Dan benda ni memang berlaku, bukan kat Malaysia saja, bahkan berlaku di negara seperti Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Adakah benda ni betul? Atau ini sekadar alasan untuk kita tak bersungguh-sungguh dalam perbuatan seharian?

Syabab sekalian,

Jika dilihat mana-mana ikon yang berjaya mengubah sejarah,Al-Fateh,diterima tekanan untuk tawan Konstantinopel. Stan Lee stres membangun semula komik Marvel.

"Struggle dorang lain-lain!!!"
"Mana boleh compare!!!!"

 SABAR!!! Memang susahnya lain, tapi apa yang sama buat mereka

1. Mereka bersungguh-sungguh dalam amalan mereka
2. Konsisten dalam usaha
3. Stres? Bingung? Ada cara untuk urus benda itu. Bukan besarkan isu sampai ganggu perjuangan mereka.
4. Berkorban untuk mencapai matlamat, dalam kata lain mengenepikan halangan seperti masalah mental dan dll.
Gambar Hiasan: Beza si berjaya dengan yang lain tentang stres ialah
mereka dapat urus

Jadi apa yang kita boleh contohi daripada mereka ?

1. Memang stres perlu diambil berat, NAMUN ia bukan benda yang menghalang                                      matlamat  kita
2. Suatu amalan memang memenatkan,apatah lagi mengerah kekuatan mental. Jadi adalah perlu              untuk diurus elok-elok , kalau tak benda tu jadi pagar kepada matlamat
3. Kalau sepanjang masa duk fikir "Tak nak stres", kerja takkan siap.

Ingat, halangan kena atasi, bukan fikir lama-lama kemudian lari!

"Tapi ada ke cara nak atasi masalah mental ni? Nak elak stres tiba-tiba?"

MESTILAH ADA

a. Rancang kerja anda
b. Rujuk orang yang berkenaan
c. Urus kerja
d. Sentiasa luah masalah. Ingat anda bukan seorang. Kalau rasa tiada sesiapa yang boleh faham
    mengadulah pada Allah
    " Dan berdoalah kepadaku, nescaya akan Ku perkenankan padamu"(Al-Mukmin; 60)
    
   Sentiasa ingat Allah, adulah masalah kita pada Dia
  "Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang"(Ar-Ra'd:28)

Gambar Hiasan: Nak berjaya bukan mudah,
tapi bukan mustahil



INGAT, SETIAP MASALAH ADA SOLUSI. TINGGAL NAK CARI!!!

Sekian sahaja dari penulis,

" Jika hati seseorang itu keras, hatta kata-kata sang Ulama' takkan diterima apatah lagi kata si pendosa"

Friday, 27 July 2018

Salahkan siapa lagi?

Assalaamualaikum

Salam bicara semua.

Tempoh hari kecoh mengenai isu seorang yang terkenal mendapat keputusan 7G dalam peperiksaannya. Bukan itu sahaja, dia telah menyalahkan guru sekolahnya kesan daripada keputusannya itu.

" Sekolah teruk!!!! cikgu teruk!! Anak pensyarah universiti kata teruk!!"

Dah habis salahkan semua orang? Apa kata salahkan diri pula?
Penulis nak tanya soalan kepada semua.
Pernah gagal peperiksaan? Mesti pernah gagal kan?
Masa itu ada salahkan sesiapa? Guru? Rakan?Makcik kantin?

"Cikgu ajar tak faham!!!"sorang budak mengeluh.
" Kaulah tak ajar aku!" Marah si Aiman kepada kawannya.
"Cikgu ni.....mana nak bagi soalan camni bila latihan!!"

Semua jenis keluhan kita keluarkan. Mesti semua orang kita nak salahkan. Lagi-lagi insan bernama guru/pensyarah atas pelbagai sebab. 'ajar tak paham', 'laju sangat', 'ajar sikit je' dan banyak lagi la alasan.

nak tanya la kat anda semua. Kenapa tak salahkan diri sendiri? takut? Ego? Memang salah mereka?

Tidak dinafikan ada cikgu yang susah nak faham cakapnya. Ada cikgu yang diam, emo, kuat bebel dan macam-macam lagi.

BUT ITS NOT THE REASON YOU HAVE TO BLAME THEM!!

Ya, anda lah pelakunya! Kenapa tak bersuara kalau tak faham? Kenapa tak 'approach' cikgu lepas kelas? Kenapa tak tanya cikgu sampai faham? Kenapa tak turunkan ego, minta maaf andai cikgu marah??

Soalan ini perlu kita tanya sebagai pelajar.
Guru memang ada kelemahan apabila menyampaikan ilmu.
KITA LAH KENA 'FUNCTION' UNTUK BERTINDAK BALAS!
Kita perlu ke depan, 'approach' cikgu .

Ini sebabnya
1. Guru akan jadi lebih ringan hati mahu tolong kita
2. Tunjuk kesungguhan cikgu
3. Jadi Jambu cikgu(ehhhhhhhh??)
4. Dapat input tambahan daripada guru?
5. Keberkatan daripada guru.

untuk approach cikgu, anda kena ada mindset.
Cikgu cakap apa-apa, baik yang elok mahupun yang buruk, saya terima, saya nak belajar.
MINDSET

Tidak percaya lagi? Meh saya ceritakan kisah.

ketika saya di sekolah menengah dahulu, ada satu subjek yang kurang saya mahir. Tambahan pulak, cikgu tu garang/emo.
Saya menghabiskan dua tahun duk salahkan cikgu, rakan-rakan atas kegagalan saya.

Tapi saya putuskan saya nak ubah sikap,
YA UBAH SIKAP.

 Saya kerap bincang dengan cikgu tentang pembelajaran. Saya dapati bahawa sikap guru terhadap saya juga berubah.Alhamdulillah saya sampai sekarang lagi apa yang saya belajar.

Saya kongsikan salah satu etika belajar Imam Syafie iaitu rapat dengan guru. Ahli tafsir kata rapat dengan guru bukan maksud jadi jambu semata-mata, tapi kerap bertanyakan dan berbincang dengan guru untuk belajar.

Jadi, khulasah kata ini.
Ubah kata minda anda tentang guru.

COUNTER ACT kekurangan guru
JANGAN bagi alasan guru sebagai kegagalan kita kerana GAGALNYA KITA BERDAMPING DENGAN GURU.


Semua yang menghormati guru BERJAYA. Contoh: Imam 4 Mazhab, Imam Nawawi, dan semua best student di sekolah. Anda bila lagi???

Sekian.

Thursday, 15 February 2018

Choose Your Man!

Bismillah

Alhamdlillah berkesempatan nak menulis ada hari ini.
Dan hari ini saya menulis sebagai seorang mahasiswa!
Yeay! Dah besar!


Tadi saya menghadiri pembentangan berkenaan motivasi diri. Si pembentang menghuraikan pelbagai anekdot berkenaan motivasi diri.

"Ha, ada cara nak naikkan motivasi ni. kita kena beribadah, dekatkan diri dengan Tuhan.Then doa la banyak-banyak minta mudahkan urusan harian. Lagi, kita kena belajar daripada kejayaan orang lain"

Ha, Syabab sekalian,
Pasal ibadah ini, Allah memang mengajak kita untuk meminta,

"Dan katakanlah, berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan kepadamu"(Ghafir:60)

Tunäikan ibadah inilah yang biasa dibuat oleh para ulama' dulu bila mereka hilang motivasi? sebab apa?
Sebab mereka yakin Allah yang meningkatkan semula motivasi mereka untuk teurs menyebarkan Islam
So, pembentang, saya belanja anda satu mata!
gurau je!Hahahahaha!

Belajar daripada kejayaan orang lain?
Hmmmmm banyak orang yang boleh kita belajar.Ada Steve Job, Imam As-Syafie , juga member sebelah kita. Ramai orang yang bermotivasi serta boleh kita pelajari .

Cuma,  bak kata orang,  baik kita belajar dari yang terbaik.

Apakata,kita belajar daripada junjungan terbesar kita, rasulullah SAW

Kenapa pulak?

Baginda ialah sebaik-baik pemberi motivasi.Oh, baginda pon orang yang paling bermotivasi

ingat lagi ketika Abu Talib meminta nabi untuk berhenti berdakwah?
Apa kata Rasulullah?

"“Wallahi, Demi Allah. Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku menghentikan dakwah ini, niscaya aku tidak akan menghentikan dakwah ini hingga Allah memenangkannya atau aku binasa.”

Nampak tak wahai syabab? Hatta diancam oleh Qaum Quraisy , rasulullah masih 'motivated nak teruskan dakwah.

Mahu lagi bukti?
Tatkala Nabi saw dan Abu Bakar berhirah ke Madinah secara sembunyi, mereka bersembunyi di Gua Thur
Masa ini, Qaum Quraisy sedang mencari Nabi SAW dan Abu Bakar
Abu Bakar sangat takut

Kata nabi" Jangan bersedih! Sesngguhnya Allah bersama kita"

Nabi terus memotivasikan Abu Bakar.


Jadi, nak tahu apa rahsia Nabi SAW untuk terus 'motivated'?

1. Nabi SAW dah aa matlamat baginda. iaitu menyebarkan islam ke selururh alam. walaupun Nabi diuji dengan pelbagai ujian dan halangan, nabi tahu ia bukan halangan untuk berhenti

2. Yakin dengan Allah SWT. Nabi SAW sentiasa yakin yang Allah akan  membantu baginda dan umat islam. hatta dipulau oleh Qaum Quraisy selama tiga tahun, rasulullah masih  dengan keyakinan baginda terhadap Allah. Hasilnya? allah telah membantu Nabi dan umatnya dengan menghantar anai-anai untuk memakan warkah pemulauan.

3. Beribadah. Tanpa disangkal lagi, Nabi SAW adalah orang yang sangat kuat ibadahnya. Tetapi mengapa ibadah itu penting bagi Nabi dan juga pada kita? Sebab Inilah masanya nak mengadu pada Allah tentang dugaan kita.

4. Tidak mudah mengalah. Ketika di Thaif, Nabi SAW berdakwah kepada orang Thaif ditemani Zaid Bin Harisah. Apa respon mereka? Mereka mencaci nabi hatta menyuruh anak-anak kecil membaling batu ada nabi? Adakah nabi putus asa? Tidak wahai syabab.Makin motivated adalah.!! 

So, Cakap lama-lama tak guna jugak. 
Apa cara nak kekalkan motivasi?

1. Tetapkan matlamat dan berbalik pada tujuan
2. yakin dengan Allah
3. Tidak mudah berputus asa
4. Beribadah selalu(sebagai medium untuk mengadu pada Allah)

So, Syabab sekalian, kalau nak belajar daripada kejayaan, ambillah daripada yang paling berjaya

Saya sebagai penulis juga manusia yang banyak buat khilaf dan salah. Saya tak sempurna.
Tapi, bak kata seorang Ulama'"Kalau manusia menunggu dirinya sempurna untuk berdakwah, maka sedikitlah orang yang berdakwah di atas muka bumi"

"Remember, choose Your Man!!!"

Sekian,


A man.

Wednesday, 14 February 2018

Eid Mubarak!!!!!

 EKoIn the name of Allah
The most Gracious and the Most Merciful

What is going on, guys?
I hope that you guys are smiling at all times.
And guess what, guys?

It's 1st of Syawal

Eid Mubarak to everyone
I am seeking forgiveness from you guys
For any wrongdoing that I have done

So, what does this Eid Ul Fitri is all
about?
Is it about giving forgiveness?
Is it about visiting a relatives?
Or wearing superbly gorgeous clothes?
Or giving charities and gifts to each other?

All the statements above are correct and we are pleased to do that.
But Eid UL Fitri is all about a triumph
A triumph after straining ourselves in the month of Ramadan

In Ramadan, we fast, we pray a lot to Allah
Seeking His blessings and love, not to mention Forgiveness too.
We also elevate our imaan by commencing so much good deeds
At Ramadan we also pursue the Night of Power (Lailatul Qadr) which Allah mentioned in the Quran(Surah AlQadr 1-5 is better than 1000 months




So here we are
Leaving Ramadan and saying welcome to Syawal

So we start our day by taking a bath (sunat)
Wearing the best dress
Putting our sweet fragrance
Eat something light
Then we head to the Mosque
To pray

That is all what Rasulullah SAW did
Rasulullah SAW also went to his Relatives
Seek them


So
Why don't we did what Rasulullah saw did during his time of Eid Ul Fitri

We can do other things like visiting the graves,
Invite others to come over and

Friday, 3 June 2016

Success Vs Failure

In the name of Allah the most gracious and the most merciful

So today we are looking at success and failure

First,  what do we know about success?

Getting A in exams
Being superb in sports
Enjoying good time in our career
Having money to support life

What about failure ?
Hmmmmm
Failed in exams
Doesn't capable of doing sports
Keep deteoriating in career
No money to buy some food


Yeah
Too easy to define them
If we achieve those,  we are successor
But if we not
We are failure

But is it the success or failure that we faced Everyday?

So , my beloved friends
Success could also defined as;
1.asj people to do good
2.Prevent them to do bad

For example
We could asked our friends to listen to the talk about Islam rather
Than watching football game
Or
We could oppressed our friends to smoke

That's also a success
Because we brought people a way to be closer to Allah

Yeah

So
Doing good is a success
Ask people to be good also a success

Doing bad is failure
And so does asking people to be bad

So
Think again

Making the world a better place for us to worship Allah is a big success
Grab a chance To be one of the successor



#beagoodmuslim


Thursday, 11 February 2016

Jangan takut..........Buat je kalu betul

"wei, kenapa kau buat benda ni"
"Dah benda tu je betul."
"kau nak kena bash  ke?"


jeng!jeng!
Bertemu lagi kita.
Mesti pernah rasa macam perkara di atas, kan?

Bila nak kata salah, orang marah,
Cakap tak support, selalu nak betullah, bla bla bla

Bila nak kata Betul
Memang ragu-ragu kan sebab dah salah tu kena admit salah kan?

Jadi, dalam menyampaikan mesej
Mesti akan ada yang akan cakap
"wei, JANGAN NAK BETUL SANGAT LA!!!
"KAU BUKAN SEMPURNA NAK TEGUR AKU"
"SUPPORT MEMBER LA........ JANGAN NAK IKUT SANGAT PERATURAN"

Akhirnya FUTUR
- SUATU PERASAAN DIMANA KITA AKAN DOWN  SEBAB TAKUT
DIPERKATAKAN SESUATU YANG MENYAKITKAN


Rasulullah SAW bersabda
"Islam akan datang sebagai sesuatu yang asing 
dan akan kembali sebagai sesuatu yang asing
maka beruntunglah orang yang asing"

NAMPAK KAN?
Bila nak mula dakwah
kena marah kena pulau
sebab nak tegakkan benda yang betul
Lama-lama seorang diri sahaja...........................Kesian........

Jangan rasa nak down, jangan rasa nak quit
kalau rasa kena tekan, Minta  Hidayah  Kepada Allah

"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan sabar dan solat, Sesungguhnya Allah itu bersama orang orang yang bersabar"
(Al-Baqarah 2:153)

Allah tahu apa yang kita rasa
Jangan mudah mengalah, Dik. Try dekati diaorang
dan pujuk untuk terima pendapat kita.
Manalah tahu termakan pujuk ......HEHEHE

Ingat apa tujuan kita........
"Kamu adalah umat terbaik yang mengajak kepada yang ma'aruf dan mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah....(Ali-Imraan 2:110)

Kalau apa yang disampaikan itu benar, teruskan
Kalau salah............ betulkan.

Salam beramal


Saturday, 22 August 2015

Pendosa bukan sebab untuk berdiam diri

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah dapat peluang untuk menulis

Jadi mesti Korang pernah menghadapi situasi ini

"wei ,kau tehtegur sikit budak tu. Dah kuat dia mencarut "
Entah la . Aku pun mencarut juga. Rasa tak layak "
Atau........
"wei,  tak payah lah buat kerja tu. Tak baik pun. Banyak masalah adalah. "
"alah, acah bagus ja. Kau pun buat kerja tu kan?"

Perggh. Terbakar hati membaca.

Bila nak tegur,  rasa diri tak baik.
Bila tegur sikit, kuat melawan.

Jom rewind zaman Rasulullah dan tabiin.
Amar maaruf nahi mungkar,  everytime
Dakwah tarbiah.... Tak payah cakap

Mereka ni perfect? Tak  punnnn

Hadis Rasulullah
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangan. Jika tak mampu,  cegahlah dengan lidah,  jika tak mampu, cegahlah dengan hati dan itu selemah lemah iman "
Jadi
Kalau tak tegur orang lain
Tegur diri sendiri

Kenapa Rasulullah suruh kita tegur kalau tak perfect?


Sebab baginda nak kita
 prihatin dengan
Kawan kita
Kalau tak tegur,  hancur lah dia
Kesian......

Jangan malu buat baik
Ingat dengan mengingatkan kawan
Kita ingatkan diri sendiri

Takkan nak baik seorang
Mesti nak nak member pun baik kan

Baru Ukhwah brosur!

Salam beramal

Anonymous Mujahidin